Konsert For You: Nourul - Persembahan Esklusif Meraikan 30 Tahun Kegemilangan Nourul Depp

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

Konsert For You: Nourul - Persembahan Esklusif Meraikan 30 Tahun Kegemilangan Nourul Depp

Rong Geng Entertainment dengan penuh rasa bangga mengumumkan penganjuran Konsert "For You: Nourul", sebuah persembahan berskala eksklusif yang diraikan khas untuk menghargai legasi, ketekunan, dan pencapaian seni penyanyi bertenaga, Nourul Depp sepanjang lebih 30 tahun beliau mewarnai industri muzik Malaysia. 

Konsert yang dinanti-nantikan ini bakal berlangsung pada:

  • Tarikh : 17 April 2026
  • Lokasi : Zepp Kuala Lumpur
  • Masa : 8.00 Malam

Menampilkan produksi pentas moden, ritma kontemporari, susunan segar, serta elemen visual premium, konsert ini dijangka menghimpunkan lebih 1,500 penonton daripada pelbagai latar belakang termasuk peminat setia, rakan media, penggiat industri kreatif, influencer serta komuniti seni tempatan.

MERAIKAN PERJALANAN SENI, IDENTITI & EVOLUSI NOURUL

Konsert For You: Nourul - Persembahan Esklusif Meraikan 30 Tahun Kegemilangan Nourul Depp

Konsert "For You: Nourul" bukan sekadar persembahan muzik. Ia adalah sebuah naratif perjalanan seni seorang penyanyi yang konsisten mengekalkan keunggulan vokal, disiplin, kecergasan dan personaliti selama tiga dekad.

Untuk pertama kalinya, penonton akan dibawa menyelusuri era muzik Nourul yang penuh warna bermula daripada lagu-lagu hit 90-an sehinggalah single popular era 2000-an yang memperlihatkan kematangan vokal, emosi serta evolusi muzik beliau.

Konsert ini turut bakal menampilkan :
  • Persembahan energetik dengan susunan muzik moden
  • Segmen akustik "intimate storytelling" khas buat peminat tegar
  • Kolaborasi bersama pemuzik professional tempatan
  • Tribute visual mengimbau perjalanan seni dan pencapaian beliau

EMOSI NOURUL - "AKHIRNYA, MASA INI TIBA"

Selepas lebih 30 tahun berkarya, konsert berskala besar ini membawa makna mendalam buat nourul. Beliau berkongsi bahawa perasaan kembali ke pentas besar sebagai artis solo adalah sesuatu yang sangat emosional dan penuh syukur.

"Ini adalah antara impian saya yang lama tertangguh. Akhirnya, saya dapat beriklan sebuah persembahan yang benar-benar mencerminkan siapa saya sebagai seorang penyanyi, seorang wanita, seorang insan. Saya berjanji untuk memberikan sepenuh hati, sepenuh tenaga dan setiap inci jiwa saya kepada penonton - kerana mereka yang menjadikan perjalanan 30 tahun ini sesuatu yang bermakna," 

kata Nourul Depp.

Beliau turut berjanji bahawa konsert ini akan menjadi persembahan paling peribadi, paling jujur dan paling bertenaga dalam kerjayanya, sebuah malam yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi menyentuh dan menginspirasikan.


Pengarah Rong Geng Entertainment, Muhammad Fared bin Kuswadinata, berkata: "

Konsert ini adalah hadiah buat peminat, rakan industri, dan seluruh rakyat Malaysia yang menyokong karya Nourul selama lebih 30 tahun. Ia bukan sekadar konsert, tetapi satu perayaan kehidupan, ketabahan dan evolusi seni yang membentuk siapa beliau hari ini. Kami mahu penonton merasai perjalanan itu, secara visual, emosi dan muzik."


MAKLUMAT TIKET

Konsert For You: Nourul - Persembahan Esklusif Meraikan 30 Tahun Kegemilangan Nourul Depp

Tiket untuk menyaksikan Konsert For You: Nourul akan mula dijual dengan harga serendah RM105(GOLD), RM155 (DIAMOND), RM255 (PLATINUM) dan RM355 (VIP) bermula hari ini, 2 Disember 2026, Jam 12.00 tengahhari di platform rasmi ticket2u.

Sebarang maklumat lanjut mengenai penganjuran konsert ini juga akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Sekian


إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!