Senarai Pemenang Anugerah Lawak Warna 2015





Sumber : AstroGempak
Pelawak Jep Sepahtu mencatat sejarah tersendiri apabila buat kali ketiga berturut-turut merangkul gelaran Artis Lawak Lelaki Paling Popular di Anugerah Lawak Warna 2015 (ALW2015) yang berlangsung malam tadi.Selain Jep, Sharifah Sakinah juga turut boleh berbangga apabila sekali lagi merangkul gelaran Artis Lawak Wanita Paling Popular, anugerah yang sama dimenanginya tahun lalu.
Kejayaan Jep turut diiringi dengan kejayaan kumpulannya, Sepahtu yang merangkul anugerah Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular. Peminat Sepahtu sudah pastinya teruja apabila Jep dan Shuib diiringi oleh Mamat, Rahim dan Pak Ya sewaktu tampil ke atas pentas menerima anugerah tersebut.
Sementara itu, filem Gila Baby telah mendominasi malam ALW2015 apabila meraih 5 dari 13 kategori terbaik yang dipertandingkan.
Gila Baby terbitan Grand Brilliance telah meraih gelaran Filem Komedi Terbaik, Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) menerusi Beto Khusyairi, Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem) menerusi Nadiya Nisaa, Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem) menerusi Alfie Palermo dan pengarahnya sendiri iaitu Khabir Bhatia telah dipilih sebagai Pengarah Komedi Terbaik (Filem).
Pelawak Jihan Muse turut pulang dengan senyuman apabila memenangi Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV) manakala telemovie lakonannya Jihan Nak Buat Rumah Terbuka meraih anugerah iaitu Telemovie Komedi Terbaik dan pengarah telemovie tersebut iaitu Syed Khairul Farez diiktiraf Pengarah Komedi Terbaik (TV).
Anugerah Khas Juri bagi malam ALW2015 kali ini telah dianugerahkan pelawak veteran, AR Badul di atas sumbangannya kepada industri komedi tanah air.Malam kemuncak ALW2015 telah berlangsung dari Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).Hos untuk acara yang mengiktiraf industry komedi tanah air ini ialah Dato' AC Mizal bersama Sherry Alhadad dan Zulin Aziz.
Senarai Pemenang 

Kategori Terbaik

Filem Komedi Terbaik

1. Cicakman 3 - KRU Studios
2. Manisnya Cinta di Cappadocia - Astro Shaw/Global Station/Red Communication
3. Amir & Loqman Pergi Ke Laut - Astro Shaw
4. Gila Baby - Grand Brilliance (PEMENANG)
5. Adnan Sempit Sawadikap - MIG Pictures

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem)

1. Shaheizy Sam - Kaki Kitai
2. Beto Kusyairy - Gila Baby (PEMENANG)
3. Shaheizy Sam - Adnan Sempit Sawadikap
4. Fizz Fairuz - Mat Tudung
5. Sharnaaz Ahmad - Gila Baby

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (Filem)

1. Nadiya Nisaa - Gila Baby (PEMENANG)
2. Yana Samsudin - Adnan Sempit Sawadikap
3. Nur Fazura - Manisnya Cinta di Cappadocia
4. Azizah Mahzan - Cicakman 3
5. Nelydia Senrose - Mat Tudung

Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)

1. Syafiq Kyle - Gangster Melor
2. Sharnaaz Ahmad - Suamiku Encik Sotong (PEMENANG)
3. Adlin Aman Ramlie - Cinta Kedua
4. Remy Ishak - Atie Setan
5. Arja Lee - Apabila Kau Tersenyum

Pelakon Komedi Wanita Terbaik (TV)

1. Azizah Mahzan - Cinta Kedua
2. Liza Abdullah - Menantu Encik Ikan Masin
3. Didie Alias - Nak Kahwin Lagi
4. Amyza Aznan - Nak Kahwin Lagi
5. Jihan Muse - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka (PEMENANG)

Rancangan Komedi Terbaik Bersiri

1. Karoot Komedia X S3 - Lydia Emalia Ishak (APSB) (PEMENANG)
2. Sembang Teh Tarik S2 - Abid Hussain (Creative Stew)
3. Diva (Eps 2) - Kamarul Zariman Abd Rahman (Primeworks Studios)
4. Ceria Popstar S2 - Nurul A'in Mohd Noor (APSB)
5. Karok La Kau - Lydia Emalia Ishak (APSB)

Rancangan Komedi Terbaik Bukan Bersiri

1. Raya Ke Dik?! - Nor Kuzaimah Abd Aziz (RTM)
2. Redah Kasi Pecah Extravaganza S2 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works)
3. Super Spontan 2014 (Akhir) - Noradyman Sulaiman (Vision Works) (PEMENANG)
4. Maharaja Lawak Mega 2014 (Akhir) - Khairul Nizam Jamaludin (APSB)
5. Maharaja Lawak Mega: Haji Pilus Tak Nak Raya - Shahhril Hadziman Abu Talib (APSB)

Rancangan Drama TV Komedi Terbaik (Bersiri)

1. Suamiku Encik Sotong - Global Station
2. Oh My English S3 - Astro Tutor TV/Red Communication
3. Manis - KL Motion Pictures
4. Bedah vs Joyah - Zeel Production & ZK Kreatif Production
5. Keluarga Iskandar 2 - KL Motion Pictures (PEMENANG)

Telemovie Komedi Terbaik

1. Gangster Melor - Quiara One Production
2. Cinta Kedua - Suhan Movies
3. Jihan Nak Buat Rumah Terbuka - KL Motion Pictures (PEMENANG)
4. Nak Kahwin Lagi - Suhan Movies
5. Oh My English Villa Isabella - Astro Tutor TV/Red Communication

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (Filem)

1. Waan Hafiz - Mat Tudung
2. Rafidah Abdullah - Manisnya Cinta di Cappadocia
3. Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut
4. Alfie Palermo & Khabir Bhatia - Gila Baby (PEMENANG)
5. Epy Kodiang & Panel MIG - Kaki Kitai

Lakon Layar & Skrip Komedi Terbaik (TV)

1. Mohd Fadzzil Mazlan - Gangster Melor
2. Mazlan Manan - Nak Kahwin Lagi
3. Mazlan Manan - Cinta Kedua (PEMENANG)
4. Shuhadatulain Zakaria - Suamiku Encik Sotong
5. Wan Hasliza Wan Zainudin - Keluarga Iskandar 2

Pengarah Komedi Terbaik (Filem)

1. Khabir Bhatia - Gila Baby (PEMENANG)
2. Bernard Chauly - Manisnya Cinta di Cappadocia
3. Waan Hafiz - Mat Tudung
4. Mamat Khalid - Amir & Loqman Pergi Ke Laut
5. Ismail Bob Hasim - Adnan Sempit Sawadikap

Pengarah Komedi Terbaik (TV)

1. Heykal Hanafiah - Gangster Melor
2. Nizam Zakaria - Nak Kahwin Lagi
3. Jamal Khan - Cinta Kedua
4. MP Roslin - Suamiku Encik Sotong
5. Syed Khairul Farez - Jihan Nak Buat Rumah Terbuka (PEMENANG)

Kategori Popular


Artis Lawak Duo atau Berkumpulan Paling Popular

1. Zero
2. Sepahtu (PEMENANG)
3. Bocey
4. Shiro
5. Zulin Aziz & Sherry Alhadad
6. SYJ

Pengacara Lawak TV Paling Popular

1. Dato' AC Mizal (PEMENANG)
2. Nabil Ahmad
3. Zizan Razak
4. Jihan Muse
5. Afdlin Shauki
6. Faizal Ismail

Artis Lawak Wanita Paling Popular

1. Jihan Muse
2. Jasmin Hamid
3. Didie Alias
4. Amyra Rosli
5. Zulin Aziz
6. Sharifah Sakinah (PEMENANG)

Artis Lawak Lelaki Paling Popular

1. Shaheizy Sam
2. Jep Sepahtu (PEMENANG)
3. Johan
4. Shahrol Shiro
5. Abam Bocey
6. Ebby Yus

Anugerah Khas Juri: AR Badul

3 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post