Album Baru Dato Siti Nurhaliza 2017



Assalamualaikum dan salam sejahtera



Umum mengetahui bahawa Dato Siti Nurhaliza , penyanyi no 1 negara sedang giat menyiapkan album terbaru beliau yang dijangka akan di terbitkan pada bulan Mei 2017. Sememangnya buah tangan beliau yang terbaru menjadi sesuatu yang diimpikan oleh semua peminat beliau terutamanya.
Pencarian lagu-lagu daripada komposer telah dilakukan pada November yang lalu , dimana lebih 300 lagu telah dikumpul dan disaring untuk proses berikutnya.Sebanyak 10 lagu telah terpilih untuk dimuatkan dalam album baru ini. Tak sabar kan? 
Proses rakaman lagu ketika ini sedang berjalan lancar di mana sudah 5 lagu sudah di 'record' kan. Aku sendiri sudah mendengar sedikit teaser bagi lagu-lagu yang sudah dirakamkan , alhamdulillah , kualiti vokal beliau masih sukar digugat. Nampaknya untuk Anugerah Industri Muzik yang berikutnya sudah ada pemenangnya. :)

 Berikut adalah perkongsian daripada pengurus Dato Siti Nurhaliza sendiri iaitu diinstagram Rozisangdewi berkenaan proses rakaman lagu.


 ( Tak Perlu Ragu )


(Bersandar Cinta )


( Kau Takdirku )


( Manis Terindah )


(Segala Perasaan )

Tahniah diucapkan kepada Dato Siti Nurhaliza dan juga SNP kerana tak putus-putus memberikan buah tangan buat peminat. Saban tahun , konsert diadakan dan juga album diterbitkan membuatkan peminat rasa dihargai. Tips buat penyanyi lain di luar sana , kena rajin memberikan buah tangan kepada peminat , supaya peminat sentiasa rasa dihargai.
Harapannya adalah supaya album yang belum diberikan nama ini berjaya sebagaimana album-album terdahulu. Selain itu , diharapkan juga supaya lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini berjaya menarik perhatian rakyat Malaysia. Tahniah DCT & team.

Sekian, terima kasih. 
 Kredit gambar : Instagram Rozisangdewi | Instagram PeminatSitiNurhaliza

2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم