Review Novel Fixi : Penumpang oleh Fee Anyau



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Tajuk : Penumpang
Penulis : Fee Anyau
Keluaran : April 2018

Sinopsis

Jai dihantar helaian jurnal sahabatnya Eddi yang mati dibunuh diri. Dalam jurnalnya, Eddi telah menceritakan pengalamannya sebagai penumpang bas. Bagi Eddi, menumpang bas merupakan rutin yang membebaskan jiwanya.

Dalam usaha untuk menerima kenyataan tentang pemergian Eddi, dan memahami masalah yang telah membelenggu sahabatnya itu, Jai bertekad untuk mencuba menyelusuri jalan yang dipilih Eddi.

Pada masa yang sama, Jai dibebani masalah keluarga. Pemergian Eddi telah membuatkannya lebih mempersoalkan erti hidup. Di Kolej, setelah kematian Eddi hampir sebulan, Nina pula memberitahu Jai bahawa dia teman wanita Eddi. Jai keliru dengan perasaannya sendiri : Adakah dia cemburu atau sangsi?

Review :

HEBAT! Itulah yang boleh aku kata selepas selesai membaca buku Fixi ini. Kisah ini pada mulanya aku anggap biasa-biasa sahaja, tetapi lama-kelamaan aku mula hanyut ke dalam kisah tersebut. Banyak perkara aku suka dalam novel ini.

Tema "bunuh diri" dan "depresi" aku rasa sesuatu yang dekat dengan remaja dan orang zaman sekarang. Kadang-kadang aku juga dapat merasakan ianya adalah sedikit sebanyak berkaitan dengan aku dari segi kisah hidup watak di dalam novel ini.

Aku juga dapat merasakan wujudnya suatu perasaan "kesian" dan "Sedih" selepas selesai membaca novel ini. Hmmm. Terima kasih kepada penulis iaitu Fee Anyau kerana memberikan aku naskhah terbaik setakat ini. Dari awal sehingga akhir, aku terleka apabila membaca kisah mereka. Terima kasih Fee Anyau.


Sekian.

25 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Ah... It reminds me about Ramlee Awang Murshid punya karya. Sesuatu yang menyentuh dunia peribadi kita. I kadang2 seram baca buku this genre because it feels alive apa2 lagi bab yg bunuh diri ni. Lik you say, i rasa kesian sedih pun ada.

    How life should be simple kan?

    ردحذف
    الردود
    1. betul tu. saya juga suka dengan karya RAM, banyak juga novel beliau yg saya dh baca.

      حذف
  2. aida bukan pembaca novel, aerill.
    pe pun genre :) tak minat.
    but if tukar ke filem / drama, then i'll watch.
    more to non-fiction. facts. more interesting :)

    ردحذف
    الردود
    1. owh ye ke. saya suka kedua-duanya. kadang2 untuk filem atau drama adaptasi novel, bagi saya kadang2 tak berapa nak ikut novel asal. :)

      حذف
  3. Cerita depresi ni mmg sesuai dgn zaman teknologi skng ni.
    Byk orang yg megalami depresi tanpa sedar.
    Buku ni mcm bes

    ردحذف
  4. depresi dengan student kolej memang berkawan baik, mana nak catch up syllabus, mana nak fikir masalah kawan/housemates lagi, mana nak fikir serabut awek lagi. Ada kaitan dengan Nina ke Jai dapat jurnal Eddie?

    ردحذف
  5. lama tak baca novel..deperesi jangan dibuat main..kalau yang study , stress pergh boleh berlaku macam2..

    ردحذف
  6. Terima kasih kerana sudi membaca novel ni dan juga menulis sedikit review tentang novel kerana maaf kita memang tak suka baca novel heheheeh baca blog jer pandai lah wakakak tapi ini ada good sharing..

    ردحذف
  7. Macam thriller novel ni. Ingat nak cari juga sebab jalan cerita macam menarik. Tapi koleksi novel ni memamg semua best2. Hmmm “depresi” sangat bahayakan, terutama berlaku dikalangan remaja

    ردحذف
  8. Dulu-dulu memang rajin baca novel ni, tapi la ni tak ada masa nak membaca..banyak dok depan computer je. Sis kalau baca novel memang suka mendalami isi dan watak dlm cerita tersebut, kalau sedih memang berjurai airmata dibuatnya..seolah kita berada didunia mereka. Memang susah nak berhenti kalau baca novel ni..hehehe

    ردحذف
    الردود
    1. hahah saya pulak kalau nak baca novel kena ada masa yang agak panjang. kalau nak baca sekerat2 memang tak lah :)

      حذف
  9. Nasib baik aku tak berminat nak baca novel ni...tapi geram juga tengok tuan buat review buku ni. Saya memang suka sangat baca buku tapi lebih kepada motivasi, agama dan kewangan je. at least sebulan kena beli 2 buah buku baru dan habis baca sebelum hujung bulan. Kalau tak, elaun lain kena potong bawa ke elaun buku :)

    ردحذف
  10. Dah lama x baca novel, dulu selalu baca novel cinta, siap boleh menghayati watak dalam novel, memang terleka. Tapi bila baca review novel Fixi ni, nampak menarik untuk dibaca, memang depresi dikalangan remaja sekarang membimbangkan. Bagus penulis ni mesti ada sesuatu yang ingin disampaikan dalam penulisannya

    ردحذف
  11. Akak suka baca novel, memang dari zaman remaja, tapi kalau yang berkisar depresi ni cam depressing pulak nak membacanya hihi
    Boleh Ke Buat Duit Dengan Menulis DiBlog?

    ردحذف
  12. Rajinnya ya baca buku. Sy nie xminat baca buku. Rasa sakit kepala kalau baca sbb nk kne berimaginasi membayangkan jalan cerita dia. Teringin juga nak baca buku2 fixi nie sbb remaja mostly suka baca buku2 fixi

    ردحذف
  13. Rawlins sekarang membaca novel-novel di bawah Buku Prima - kisah seram yang best. Paling best adalah hasil penulisan Darwisy. Terbaik!

    ردحذف
  14. dulu zaman belajar ingat lagi ada kawan yg sangatlah sukakan novel2 terbitan fixi. Sekarang tak pasti dia masih suka atau tak. Tapi adik ipar saya pun sangatlah suka novel fixi.

    ردحذف
  15. Wahhh this is so scary, I usually read romance or chicklit books those suit me more

    ردحذف
  16. Nowadays i hardly have time to read novels, but if i do usually i ready about romance and comedy.

    ردحذف

إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم