Review Novel Fixi : Bingit oleh Jeehan



Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar semua insan yang sedang gembira di hari bahagia? Kembali lagi dalam sesi review novel Fixi. Oh ya! Ini adalah sesi review yang ke 20 ! Yeay. Alhamdulillah tak sangka dah 20 buah buku Fixi yang aku dah baca. 7 novel direview pada tahun 2018, 11 pada tahun 2019, dan di tahun 2020 ini baru 2 novel direview.  In shaa Allah tahun 2020 aku akan baca lebih daripada 20 buah novel Fixi. In shaa Allah.

Novel kali ini yang akan direview adalah novel Bingit yang dikarang oleh Jeehan. Sebuah novel yang menjadi Pemenang Pertandingan Novel Singapura




Tajuk : Bingit
Penulis : Jeehan
Keluaran : Julai 2017

SINOPSIS

Gua, Jedi. Ini kisah gua. Berperang sama diri sendiri, menjadikan hidup gua huru-hara. Sedikit masa gua berkenalan sama perempuan gua, nama dia Faiza. Bertambah huru-hara bila gua dapat tahu dia mengandungkan anak haram gua.
Penjara, fitnah, dadah, zina, pondan liar, itu semua perkara bikin gua paiseh.
Gua mahu lari dan mahu jadi Jedi yang baru. Tetapi, kisah baru pula yang timbul bila Tony datang kasi bingit sama gua lagi.


REVIEW

Mengisahkan tentang orang yang tinggal di Singapura. Jangkaan aku tidak begitu tinggi walaupun ditulis di depan kulit novel "Pemenang Pertandingan Novel Singapura". Tambahan pula dengan penggunaan 'gua' sebagai kata ganti diri pertama. Aku kurang suka pada mulanya. Kemudian lama kelamaan, aku mula tertarik untuk teruskan pembacaan.

Plot yang tersusun. Sangat tersusun rapi. Setiap konflik yang berlaku memberi kesan yang mendalam. Bagaimana sesuatu yang terjadi kepada Jedi membuatkan beliau insaf tetapi makin banyak ditimpa kesusahan sehingga ke tua.

Banyak pengajaran.Ya sangat banyak terutama tentang kasih ibu. Walaupun dah beberapa kali masuk penjara, pelbagai yang terjadi dalam kehidupan, ibunya sentiasa ada. Memang aku sendiri rasa berbeza ketika baca novel ini kerana penuh dengan unsur-unsur kekeluargaan walaupun keluarga tersebut porak peranda.

Tiada plot twist. Akhirnya aku jumpa juga novel Fixi tanpa plot twist. Mungkin kerana novel ini fokusnya agak berbeza. Aku suka dengan konsep masa dalam novel ini. Maksud aku penceritaan dalam novel ini bermula daripada Jedi berusia 20-an sehinggalah dah ke tua. Kesimpulannya, inilah novel terbaik antara novel Fixi yang aku pernah baca. Ya. Noktah.


BINTANG : ⭐⭐⭐⭐⭐⭐

16 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. betul la, kata ganti gua tu agak menganggu la walaupun baru baca sipnosis. ♕ Tiara Sapphire ♕

    ReplyDelete
  2. rajinnye membaca..bagus tue...jalan cerita dan susunan plot yang teratur pasti membuat kita minat membaca hingga habis :))

    ReplyDelete
  3. wow...lama sangat dah tak tengok org review naskah sebegini. terima kasih kerana menulis~

    ReplyDelete
  4. Ok. Lepas nie Rawlins nak beli la Bingit nie. Macam best plak lepas baca review Aerill

    ReplyDelete
  5. Bahasa Gue tu bahasa kalau indonesia...tak pernah lagi baca novel yang jalan ceritanya bahasa macamtu...dr apa yang Aeril review, macam kesudahannya sedih ya...

    ReplyDelete
  6. Bagus nya suka baca dan ada masa nak baca buku.

    ReplyDelete
  7. Dah lama tak baca novel... aeril mesti peminat membaca novel2 ya... bagus lah banyakkan pembacaan tambah ilmu.

    ReplyDelete
  8. it has been a long time since i see novel. such a nice novel

    ReplyDelete
  9. buku ni seperti menceritakan situasi yang berlaku disekeliling kita tapi ditambah adegan-adegan lain. best baca

    ReplyDelete
  10. Jadi jika terbaik, agaknya persepsi sebagai Pemenang Pertandingan Novel Singapura diakui? Hahaha. Sis tak tau la bila boleh baca novel. Masa oh masa!

    ReplyDelete
  11. Lama tak baca novel.Thanks for sharing, saya pun kalau start membaca novel smula, nak baca novel2 yg memberi impact macam ni, taknak novel cinta merepek...

    ReplyDelete
  12. Rajinnya Aerill membaca. Sangat kagum lihat lelaki suka membaca. Kita nie tak rajin baca buku2 nie 😂😂

    ReplyDelete
  13. sounds interesting. dah lama saya tak baca novel sebenarnya, sebab lebih banyak baca hal kehidupan, bisnnes dan kesihatan

    ReplyDelete
  14. Hehe teringat dia senyap je dalam bas sebab dok ngadap novel heheh..wei please review novel seram n pembunuhan hahah

    ReplyDelete
  15. Sis dah lama tak membaca novel..dah berhenti membaca novel rasanya dah 10 tahun kot..hehehe. Semua novel dah berpindah ke tangan anak dan org

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post