Persiapan Hari Raya Aidilfitri 2020

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Dah lama jugak aku tak bersiaran di blog ni. Beberapa hari kebelakangan ni agak sibuk menguruskan urusan dirumah, terutamanya persiapan Aidilfitri. Ketika entri ini ditulis, masih lagi berbaki beberapa hari lagi sebelum tibanya 1 Syawal.

1 Syawal pada tahun 2020 bagi aku sememangnya berbeza berbanding 1 Syawal sebelum-sebelum ini. Pertama adalah disebabkan pandemik COVID-19 yang sedang melanda seluruh dunia yang menyebabkan pelbagai usaha untuk mengurangkan virus ini dilakukan termasuklah menghalang mereka yang berada di bandar untuk pulang ke kampung. (Berlainan negeri)

Kedua adalah tahun ini merupakan pertama kalinya aku beraya bersama anak saudara iaitu anak sulung kakak aku. Dalam 10 hari sebelum hari raya, anak kakak aku yang dikenali dengan nama Baby Daniel menjalani pembedahan bagi masalah jantung berlubang. Alhamdulillah pembedahan semuanya berjalan lancar, tapi sehingga entri ini ditulis aku masih lagi belum dapat jumpa Baby Daniel.

Aku berada di Kulim, Kedah dan Baby Daniel berada di Hospital Besar Pulau Pinang, pembedahan dijalakan disana, dan sekarang masih ditahan di wad. Hanya ibubapa sahaja yang dibenarkan untuk melihat dan melawat. Aku minta untuk semua yang membaca entri ini untuk mendoakan supaya Baby Daniel cepat sihat dan pulih dan membesar seperti budak-budak yang lain. 


Walaubagaimanapun, persiapan raya masih perlu dibuat. Ya, raya tahun 2020 disambut sederhana tetapi aku rasa susah untuk tahun selepas-selepas ini untuk aku menyambut Ramadhan 30 hari cukup dengan keluarga. Kalau sebelum ini, dua hari atau tiga hari sebelum 1 Syawal barulah aku berpeluang untuk balik kampung. Tapi tahun ini, disebabkan COVID-19, aku dapat pulang awal sebulan. 

Jadi, beberapa hari masuk dalam bulan Ramadhan, aku dan keluarga membeli satu oven baru, dimana oven ini lebih besar, warna yang cantik dan harga yang berpatutan. Nanti aku ceritakan tentang oven ini dalam entri lain.

Kemudian bila dah ada oven, apa tindakan seterusnya? Semestinya membeli bahan-bahan untuk membuat kuih. Tahun-tahun sebelum ini, kuih raya semuanya dibeli di kedai, sebab kalau nak buat sendiri, memang susah sebab oven yang ada dah rosak bertahun-tahun. Lagi satu, tak ada orang nak buat kuih dirumah. Alhamdulillah tahun ni semua adik beradik ada, kecuali kakak aku yang sibuk dengan Baby Daniel.



Sebenarnya tak adalah banyak sangat kuih yang dibuat. Hanya kuih yang aku rasa aku suka, ahli keluarga suka dan juga kuantiti yang mencukupi.



Aku bernasib baik kerana ada pengalaman kerja di bakeri yang menjual kuih raya pada bulan Ramadhan tahun lalu. Alhamdulillah, pengalaman kerja di situ menjadikan segalanya mudah untuk aku siapkan kuih bersama keluarga. Kalau tahun sebelum ni aku dapat peluang membuat kuih raya kali pertama di kedai bakeri, kali ini aku mendapat peluang untuk membuat kuih raya bersama keluarga.


Macam yang aku pernah ceritakan sebelum ini, kuih Semperit atau kuih Dahlia merupakan kuih yang paling aku suka. Di waktu aku kecik-kecik dulu, memang aku akan habiskan stok kuih Semperit ni dikampung.

Alhamdulillah, tahun ni aku dapat buat sendiri, dan sediakan satu balang khas untuk diri sendiri.



Sebagai kesimpulannya, inilah persiapan aidilfitri untuk tahun ini, iaitu membuat kuih raya bersama keluarga. Baju raya? Langsir raya? Sofa dan perabot raya? Semuanya tiada untuk tahun ini. Konsep raya aidilfitri tahun ini adalah makan kuih raya sambil tonton televisyen. Nak kunjung mengunjung pun aku rasa macam tak perlu lagi.

Walaubagaimanapun aku berharap sangat sebelum raya, Baby Daniel dapat pulang ke rumah, sambut raya bersama ahli keluarga aku. Walaupun aku tahu Baby Daniel masih belum sembuh sebab masih baru lagi membuat pembedahan, tapi in shaa Allah, dengan doa dan semangat yang ada, Baby Daniel akan sembuh. Aminn.

SEKIAN

5 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. wahhh seronoknya.. sama laa kita, konsep raya tahun ni makan kuih raya sambil tgk tv huhuhuuu

    ReplyDelete
  2. Tak lama lagi CCL pun akan,jadi orang Kulim jugak .
    Persiapan raya tahun ni laa kadar je . Raya di perantauan , tak dapat nak,balik kampung . But persiapan kuih raya je ada buat sikit-sikit .

    CCL doakan baby Danial cepat sembuh seperti sediakala

    ReplyDelete
  3. Salam Syawal ke 18 dari Blog Akak Kembang

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post