KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Cuci Masjid

Assalamualaikum dan salam sejahtera

KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Cuci Masjid

KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Cuci Masjid 

Apabila tiba sahaja Ramadhan, pastinya banyak pihak, syarikat dan sebagainya memberikan sumbangan kepada mereka yang kurang berkemampuan dan memerlukan bantuan. Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) hari ini telah menjayakan program tanggungjawab sosial korporat kepada masyarakat bertempat di Masjid Al-Hidayah, Sentul, Kuala Lumpur. 

Program ini dijalankan secara usahasama dengan Persatuan Seniman Malaysia bagi menyantuni Masjid Al-Hidayah dalam menyediakan ruang ibadat yang bersih dan selesa kepada para qariah masjid yang bakal menunaikan solat sunat terawih sempena bulan Ramadan yang bermula pada 13 April 2021. 

KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Cuci Masjid

Menawarkan khidmat pembersihan dan disinfeksi KVCLEAN, servis daripada KOPETRO ini dijamin berkesan dan mampu untuk menghapuskan 99% virus dengan menggunakan bahan bukan toksik yang selamat dan bebas alkohol. Sempena Ramadan dan Syawal yang bakal tiba, KVCLEAN menawarkan servis pembersihan rumah serendah RM90 untuk 3 jam manakala servis disinfeksi pula hanya RM258 untuk satu sesi.

PuasRaya Promo: Beribadah dengan lebih selesa dan selamat pada bulan Ramadhan ini dengan KV Clean. Dapatkan promosi berbaloi-baloi PuasRaya daripada KV Clean bermula 1 April sehingga 31 May. Nak mudah? Hubungi KVClean je di 013-3996788.

KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Cuci Masjid

“Selain menyantuni Masjid Al-Hidayah, KOPETRO juga prihatin dengan kebajikan ahli-ahli Persatuan Seniman Malaysia yang banyak terkesan dengan pandemik Covid-19. Oleh kerana itu, hari ini KOPETRO ingin berkongsi rezeki bersama ahli-ahli Seniman semoga Ramadan kali ini akan lebih ceria buat insan-insan seni yang banyak menyumbangkan bakat dan keringat mereka dalam menghiburkan hati masyarakat.”

KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Cuci Masjid

Sumbangan daripada KOPETRO telah disampaikan oleh Datuk Haji Abdul Razak Hussain kepada En. Zed Zaidi, selaku Presiden Persatuan Seniman Malaysia dalam sebuah majlis ringkas mengikut tatacara norma baharu yang diadakan di Masjid Al-Hidayah.

KOPETRO Jalin Kerjasama Bersama Persatuan Seniman Malaysia Dalam Program Cuci Masjid

KOPETRO juga menyampaikan sumbangan berbentuk wang tunai dan juga makanan sejuk beku jenama LengQuas keluaran KOPETRO kepada 50 ahli Persatuan Seniman Malaysia.

Layari laman web www.kopetro.com.my atau ikuti akaun media sosial berikut untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh KOPETRO.

Facebook: 
https://www.facebook.com/kopetroberhad/ 
https://www.facebook.com/lengquas.official

Instagram: 
kopetroberhad 
lengquas.official

SEKIAN

17 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Wah bagus juga usaha macam ni. Cuci masjid dan beri sumbangan kepada ahli seniman. Sis pernah jumpa Jefrydin live.

    ReplyDelete
  2. bagus juga aktiviti mcm ni. tempat solat makin bersih. barulah solat lebih khusyuk

    ReplyDelete
  3. Satu usaha dan kerjasam yang bagus untuk semua . Saya sokong jika diadakan selalu. Seniman pun manusia juga. Mana yang susah dibantu , yang senang pula membantu. Barulah semua akan hidup aman harmoni.

    ReplyDelete
  4. program csr yang bagus pihak seniman. hope ada lebih banyk program csr macam ni dengan masjid

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah inisiatif yang bagus dari Kopetro. Semoga diteruskan sampai bebila. InsyaAllah.

    ReplyDelete
  6. Bagus iniskatif seperti ink. Program car yg boleh members nilai kepada org lain

    ReplyDelete
  7. Bagusnya, taknak ke datang Johor, boleh kami blogger JDT Blogger joinn sama program macam ni.. tahniah buat semua yang terlibat..

    ReplyDelete
  8. Tahniah buat semua yang terlibat. memang satu usaha yang murni dapat mengadakan gotong royong cuci masjid & berkongsi rezeki dengan seniman. Yes, tak semua artis ni berkemampuan kan. ada juga yang terkesan dengan pandemik.

    ReplyDelete
  9. Alhamdulillah, bagusnya ada program yang bermanfaat macam nih untuk masjid kita dan juga seniman kita yang memerlukan.

    ReplyDelete
  10. Nell tertarik dengan service KVCLEAN dia.. boleh la guna khidmat ni before Raya nanti... harga pun sangat berpatutan juga...

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah, bagus kopetro. semoga sentaisa dimurahkan rezeki dan bantu ramai lagi. Lama tak nampak artis-artis ni di tv..

    ReplyDelete
  12. Bagus inisiatif sebegini. Saya pun ada ramai kenalan yg live performers. Bukan ahli seniman la, tapi diorang pun sgt terkesan dgn pandemik ni.

    ReplyDelete
  13. Good job KOPETRO. Bukan sahaja menyantuni masjid yang menjadi tumpuan, malah memberi kasih dan kisah pada ahli SENIMAN

    ReplyDelete
  14. What a beautiful initiative to help those people and communities in need. have a blessed Ramadan :)

    ReplyDelete
  15. Tahniah Kopetro..Inisiatif yang bagus..wajar dicontohi oleh agensi lain :)

    ReplyDelete
  16. masih ada simpanan dalam peti ais makanan dari kopetro . nampaknya tahun ni dorang dah up branding bagus and keep it up

    ReplyDelete
  17. program yang bagus dan perlu diteruskan atau dijadikan satu program yang wajib bagi setiap tahun. Tahniah Kopetro

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post