Buat Sate Ayam Sendiri di Rumah

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Buat Sate Ayam Sendiri di Rumah

Tak sangka kita sudah di bulan September 2021. Pejam celik pejam celik, kita berada di bulan-bulan di hujung tahun. Kalau ditanya apakah azam tahun 2021 aku yang telah dicapai, pastinya jawapannya adalah tiada. Semuanya tergendala, berhenti di tengah jalan dan sebagainya.

Artikel kali ini adalah santai-santai sahaja dimana aku nak berkongsi cerita tentang salah satu makanan kegemaran aku terutamanya apabila balik ke rumah di Kulim, Kedah. Sate ayam dan daging merupakan antara makanan kegemaran aku. Kalau dibuat senarai, menu ini berada di antara kedudukan teratasnya. 

Kalau makan buffet di hotel sebelum-sebelum ini, aku pastinya akan tertumpu dibahagian sate. Sebelum ini aku pernah menulis tentang kisah makan sate di Semeling, Kedah.  Bagi aku restoran itulah satu-satunya yang menyediakan sate tersedap di Kedah dan juga Malaysia. 

Buat Sate Ayam Sendiri di Rumah

Okay, bercakap tentang sate, baru-baru ini aku dan keluarga telah menyediakan sate ayam dan kuah kacang sendiri di rumah. Mungkin ada pembaca yang selalu buat sendiri, tapi aku rasa ini kali pertama kami sekeluarga menghasilkan semuanya sendiri dari awal. Sebelum-sebelum ini eprnahlah beli sate yang belum dimasak tetapi sudah diperap. Tetapi kali ini kami sediakan semuanya dari awal.

Setelah berfikir panjang dan mencari resipi, aku pun terus membeli bahan-bahan untuk menyediakan sate ayam sendiri. Aku menggunakan resipi dari laman Ini Resipi  dimana resipi itu membuat sate dengan menggunakan air fryer, tetapi aku menggunakan dua jenis cara memasak, air fryer dan juga dapur gas sahaja.

Bahan-bahan perapan dan kuah kacang taklah banyak sangat, kebanyakannya sudah ada di rumah. Dengan menggunakan dua ekor ayam, banyak juga bilangan sate yang berjaya disiapkan. Waktu perapan sate pula hanyalah 6 jam sahaja, walaupun ada yang memerapnya semalaman.


Okay, cara aku memasaknya pula macam aku beritahu di atas, ada dua cara, pertama menggunakan dapur gas. Kalau dilihat dalam gambar, itu adalah periuk ajaib yang dibeli oleh ibu aku beberapa tahun dahulu. Kemudian, aku memasaknya dengan menyusun sebegitu sahaja. Proses ini tidaklah lama. Manakala cara kedua pula adalah memasak dengan air fryer. Ini pun senang sahaja, hanya letak di dalam air fryer, tentukan suhu dan masa yang sesuai dan siap!

Buat Sate Ayam Sendiri di Rumah

Jujur , sate ayam yang aku buat sendiri ini tidaklah sesedap seperti di Semeling, tetapi masih boleh diterima dan in shaa Allah lepas ini nak buat lagi. Mungkin mereka yang betul-betul menjadikan sate sebagai perniagaan dan hasil pencarian rezeki ini sangat arif dan mempunyai resipi rahsia mereka? Entahlah.

Yang pasti, 'craving' telah berjaya diatasi. Memang sangat kekenyangan pada hari tersebut. Tapi yang seronoknya, kami sekeluarga menyiapkan perapan, memasak dan semuanya sendiri. Bila menyiapkan semuanya sendiri, barulah sedar betapa susahnya nak menyiapkan makanan. Tabik kepada para chef dan peniaga makanana!

Buat Sate Ayam Sendiri di Rumah

"Takkanlah dekat area rumah takda orang jual sate?" - Ada ja sebenarnya, tapi bagi aku tak berbaloi sebab sebelum ini pernah beli dan rasanya sangat kurang. Ada yang letak kulit ayam separuh, isi ayam separuh. Ada pula kuah kacangnya cair. Harga pulak disini agak mahal. Kalau di Semeling, hanya RM0.50 secucuk, tapi di kawasan rumah sekitar RM0.60 & RM0.70.

Oleh itu, aku merasakan lebih afdhal untuk membuat semuanya sendiri dan setelah dilakukan pengiraan, sememangnya lebih murah menyiapkan sendiri lebih-lebih lagi bahan-bahannya sudah ada dirumah. Walaubagaimanapun, aku harap kalau ada peniaga sate yang membaca cerita ini untuk tidak terasa hati.

Akhir kata, terima kasih kerana membaca kisah membuat sate oleh seorang penggemar sate.

2 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. kadang tu harga sate mahal tapi tak berbaloi dengan harga. bestlah buat sendiri boleh adjust ikut citarasa :)

    ReplyDelete
  2. Puas hati bila buat sendiri. Tapi kadang lebi pilih membeli juga kalau kak PC ni, kecuali balik kampung kumpul ramai-ramai dan rajin masing-masing. Kalau tidak membeli juga.

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post