Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan ulasan dan cerita tentang satu tempat makan yang aku dan keluarga cuba baru-baru ini. Syukur apabila dine-in sudah dibolehkan dan juga apabila lengkap dua dos vaksin Covid-19, aku dan keluarga pergi makan nasi arab di satu lokasi yang sememangnya kami sudah familiar.

Memang dah lama kami merancang nak makan nasi arab di sini, tetapi ada kekangan seperti ahli keluarga tak cukup dos vaksin lagi, rentas negeri tidak dibolehkan dan sebagainya. Alhamdulillah, apabila semuanya sudah selesai dan rentas negeri dibolehkan, kami pun terus ke lokasi restoran tersebut.

Oh ya, restoran nasi arab yang kami datang dan cuba adalah Restoran Al-Araby Matha'am di Tesco Extra @ Lotus Store, Seberang Jaya. Tesco Extra atau dikenali sebagai Lotus Store ini sememangnya antara lokasi membeli belah keluarga aku. Jaraknya agak jauh dari rumah iaitu sekitar 45 minit perjalanan tanpa kesesakan kenderaan. Tapi disebabkan food courtnya yang menawarkan makanan yang sedap. Eh bukan nak cerita pasal food court ya!

MAKAN NASI ARAB DI RESTORAN AL-ARABY, SEBERANG JAYA, PULAU PINANG

Sekiranya anda ke Lotus Store Seberang Jaya ini, masuk sahaja ke pintu masuk di bahagian tempat meletak kereta, anda hanya perlu terus sahaja. Disebelah kirinya restoran KFC dan anda memang akan terus nampak restoran ini.

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Seperti biasa, mereka yang sudah lengkap dua dos vaksin serta tamat tempoh matang sahaja yang boleh datang dan makan di restoran ini.

SUASANA RESTORAN AL-ARABY


Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Suasana restorannya bagi aku menarik, terasa seperti berada di restoran nasi arab dengan hiasan timur tengah. Jika datang berdua atau bertiga, bolehlah duduk dibahagian ini. Sekiranya anda datang lebih daripada 5 orang, macam keluarga aku hari tu datang 6 orang, kami duduk di meja bulat yang terletak di sebelah sana.

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Menarik pula melihat pelayan, seorang lelaki melayu memakai pakaian ala timur tengah. Barulah konsep restoran arab tu terasa. Kan?? Di dalam gambar adalah adik aku sedang memesan makanan. 


ULASAN & REVIEW MAKAN DI RESTORAN AL-ARABY

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang
Muka kekenyangan 😋

Baiklah tanpa melengahkan masa, aku nak ceritakan tenang hidangan yang dicuba pada hari tersebut. Di rumah memang dah rancang nak makan nasi arab yang disediakan dalam satu talam. Alhamdulillah, kami memesan hidangan berikut :-
  • Chicken Mendy Shiniah Set (RM136.90)
  • Lamb Madghut (RM25.90)
  • Al-Araby Chicken Wings (RM9.50)
  • Chicken Shawarma (RM14.90)

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Hidangan utamanya adalah Chicken Mendy Shiniah Set yang berharga RM136.90 sahaja.  Apa yang ada dalam set ini? Pertamanya adalah mendy rice dengan marinated roasted chicken, kuah dhall, sos dan juga salatha (salad sayur). Seterusnya adalah Chicken Shawarma, dessert dan minuman.

Yang sampai pertamanya adalah air iaitu air teh ais. Yang aku suka adalah air yang datang dalam set tersebut adalah Free Flow! Bermakna kalau habis air dimeja, boleh pesan lagi dengan percuma. Kemudiannya yang datang adalah aiskrim. Aiskrim seperti dalam gambar dibawah. Kebiasaannya aiskrim atau makanan pencuci mulut adalah selepas makan, tapi berbeza disini.

Aku rasa ada baiknya juga bila diberi pencuci mulut terlebih dahulu, kalau diberi lepas dah makan nasi arabnya, memang tak termakan sebab dah terlampau kenyang.

Di dalam talamnya memag terdapat keseluruhan seperti yang tertera pada menu. Cuma shawarma yang disediakan hanya 5 sahaja, tetapi ada 6 orang. Saiz ayam memang besar dan sangat mencukupi untuk 6 orang. Nasi mendynya pula memang banyak! Semua tambah nasi dua kali ya! Memang banyak nasinya.

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang


Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Okay seterusnya, adalah Lamb Madghut yang berharga RM25.90 sahaja. Tak cukup ke set nasi arab tadi tu? Sebenarnya memang cukup, tapi untuk mak aku jika diberi pilihan ayam atau kambing, dia akan memilih kambing. Ayam agak kurang sedikit.

Saiz hidangannya adalah seperti dalam gambar. Memang banyakkan nasinya? Saiz kambing juga besar dan menurut mak aku, memang puas hati.

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Disebabkan shawarma di dalam set tidak mencukupi , kami pun memesan Chicken Shawarma yang berharga RM14.90 sahaja.  Kalau dalam set ada lima sahaja shawarma yang sudah siap dipotong, tetapi untuk menu berasingan ini tersedia dengan jejari kentang dan sos pencicah yang sedap.

Saiznya sederhana besar dan isinya padat. Aku rasa ia sepadan dengan harga dan rasa.


Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Seterusnya adalah Al-Araby Chicken Wings yang berharga RM9.50 sahaja. Dalam satu set hidangan ini mempunyai 4 sayap ayam yang di marinated kan, juga dengan beberapa  sos dan juga salatha.

Harga yang agak murah, jadi kami tambah satu lagi set supaya semua orang boleh mencuba dan rasa.

Untuk keseluruhannya, aku dan keluarga memang berpuas hati. Makanan yang dipesan sampai dengan jangka masa yang tidaklah lambat, hidangan datang dengan saiz yang memuaskan hati, tiada siapa yang keluar dari restoran dengan rasa lapar. Alhamdulillah, semua hidangan walaupun bersaiz besar tetapi kami tetap dapat habiskan.

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Untuk minuman pula, aku agak peliknya, minuman datang dengan set satu jug bersaiz sederhana besar. Tetapi air di dalamnya agak banyak. Disebabkan Free Flow Drinks, aku ingatkan adalah peluang nak tambah air lagi, tapi macam banyak pulak air dalam jug tu. 😅


MENU & HARGA MAKANAN DI RESTORAN AL-ARABY

Berikut adalah beberapa imej menu yang aku sempat ambil. Anda boleh lihat bukan sahaja makanan timur tengah yang ada di sini tetapi menu makanan Barat dan menu makanan tempatan juga ada di sini.

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang


Makan Nasi Arab di Restoran Al Araby, Seberang Jaya, Pulau Pinang

Kalau datang dengan keluarga yang ramai, atau datang dengan rakan-rakan yang bilangan ramai contohnya 20-30 orang, bolehlah pesan Whole Lamb tu. Memang puas bila dapat makan seekor kambing kan?

Bagi aku, melihat harga pada menu ini, semuanya dalam harga yang masih boleh dikatakan berpatutan. Untuk keluarga aku, datang dan makan menu sebegini sebulan sekali tu memang berbaloi. Kalau tiap-tiap minggu tu, macam melebih-lebih pula. 

Jadi, itu sahaja ulasan tentang Restoran Al-Araby Matha'am di Tesco Extra @ Lotus Store Seberang Jaya. Setakat ini, aku tak pasti berapa restoran nasi arab aku dah review dalam blog ini. In shaa Allah, jika masih ada rezeki aku akan review restoran nasi arab di tempat lain pula.

SEKIAN

Restoran Al-Araby Matha'am 


 Lokasi : 2762, Persiaran Sembilang, G3-G4, Tesco Extra Seberang Jaya, 13700 Seberang Jaya, Penang
Facebook : Al- Araby Mathaam

16 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. sukanya nasi arab, tapi takleh la makan selalu... saiz perut berkadar songsang dengan saiz dompet

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, sama, tak boleh selalu. ini pun sebab family dah craving :)

      Delete
  2. lama tak makan nasi arab, nampak sedap pula chicken wing dia. sekali sekala nak makan macam ni bolehlah sebab harga dia pun hurmm boleh tahan juga..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang sedap & kenyang. lagi2 sos dia. kalau sebulan sekali mcm tu okay la :)

      Delete
  3. Rawlins bukan penggemar nasi arab nie. But kalau kawan2 ajak, memang boleh layan. Kat penang ek? kelak boleh la ajak family angkat pi pekena

    ReplyDelete
  4. Woah!!!!!!!!!! What a classy looking restaurant. Kalo gie Penang boley lah dine here. Thank you for sharing, Aaeril.

    ReplyDelete
  5. nasi arab dengan kebab arab memang bikin terliur! Kalau singgah penang nnti boleh lah pekena, boring jugak hari2 nasi kandar kan hehe...

    ReplyDelete
  6. allahu.. nasi arab dia.. nampak sedap banget.. kita mmh suka nasi arab nanti boleh try makan kat sini

    ReplyDelete
  7. Wahhh bestnya! Serious rindu nak makan masakan ni especially Mandy dia! Month end ni nak balik Penang boleh la visit sini nanti!

    ReplyDelete
  8. Sedapnya lahaiii.. lama giler tak makan nasi arab ni, last masa ramadhan rasanya...

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post