Senarai 10 Bangunan Pencakar Langit Tertinggi di Dunia (2022)

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Kembali lagi dalam artikel berkenaan bangunan tertinggi di dunia.  Kali terakhir aku menulis dan berkongsi tentang topik ini adalah pada tahun 2017 iaitu hampir 5 tahun yang lalu. Setelah 5 tahun berlalu, adakah senarai bangunannya masih serupa? Atau ada penambahan yang baru? Bagaimana pula dengan kedudukan bagi bangunan di negara Malaysia?


SENARAI 10 BANGUNAN PENCAKAR LANGIT TERTINGGI DI DUNIA (2022)

Imej via The Tower Info


Untuk pengetahuan anda organisasi CTBUH  atau Council on Tall Buildings and Urban Habitat telah ditubuhkan pada tahun 1969 dan mengumumkan "Bangunan Tertinggi di Dunia" dan meletakkan aras bagi bangunan yang diukur.  

Pada tahun 1996, sebagai respons sama ada Bangunan Berkembar Petronas atau Menara Sears lebih tinggi,  CTBUH menyenaraikan bangunan mengikut beberapa kategori. Antaranya adalah ketinggian ke bahagian atas struktur atau seni bina; ketinggian ke tingkat lantai tertinggi yang diduduki dan ketinggian ke atas mana-mana bahagian bangunan.

Baiklah jom kita lihat 10 bangunan pencakar langit tertinggi di dunia bagi tahun 2022. Untuk senarai penuh anda boleh lihat di sini | https://www.ctbuh.org/

#10  China Zun

Imej via CTBUH

Bandar : Beijing
Negara : China
Tinggi : 527.7 meter
Tingkat : 109
Tahun Siap : 2018


#8 Guangzhou CTF Finanfe Centre 

Imej via CTBUH

Bandar : Guanzhou 
Negara : China
Tinggi : 530 meter
Tingkat : 111 
Tahun Siap : 2016 

#8 Tianjin CTF Finance Centre

Imej via CTBUH

Bandar :  Tianjin
Negara : China
Tinggi : 530 meter
Tingkat :  97
Tahun Siap : 2019


#7 One World Trade Center

Imej via Fandom


Bandar : New York
Negara : Amerika Syarikat
Tinggi : 541.3 meter
Tingkat : 94
Tahun Siap : 2014


#6 Lotte World Tower

Imej via The Korea Herald


Bandar : Seoul
Negara : Korea Selatan
Tinggi : 554.5 meter
Tingkat : 123
Tahun Siap : 2017

#5 Ping An International Finance Centre

Imej via CTBUH

Bandar : Shenzhen
Negara : China
Tinggi : 599.1 meter
Tingkat : 115
Tahun Siap : 2017


#4 Abraij Al-Bait Clock Tower

Imej via CTBUH


Bandar : Mekah
Negara : Arab Saudi
Tinggi : 601 meter
Tingkat : 120
Tahun Siap : 2012

#3 Shanghai Tower

Imej via Shanghai Daily


Bandar : Shanghai
Negara : China
Tinggi : 632 meter
Tingkat : 128
Tahun Siap : 2015


#2 Merdeka 118

Imej via Wikipedia

Bandar : Kuala Lumpur
Negara : Malaysia
Tinggi : 678.9 meter
Tingkat : 118
Tahun Siap : 2022


#1 Burj Khalifa

Imej via ArchDaily


Bandar : Dubai
Negara : United Arab Emirates
Tinggi : 828 meter
Tingkat : 163
Tahun Siap : 2010

Begitulah kira turun dari tempat 10 ke tempat pertama untuk bangunan tertinggi di dunia. Anda tertanya-tanya di mana Menara Berkembar Petronas atau lebih popular dikenali sebagai KLCC? Bagaimana pula dengan The Exchange 106 yang baru sahaja siap pada tahun 2019 yang lalu? Berikut adalah kedudukan bagi kedua-dua bangunan ini.


#20 Menara Berkembar Petronas

Imej via Petronas


Bandar : Kuala Lumpur
Negara : Malaysia
Tinggi : 451.9 meter
Tingkat : 88
Tahun Siap : 1998

#24 The Exchange 106

Imej via CTBUH


Bandar : Kuala Lumpur
Negara : Malaysia
Tinggi : 445.5 meter
Tingkat : 95
Tahun Siap : 2019

Begitulah senarai 10 bangunan tertinggi di dunia untuk tahun 2022 ini. Sebenarnya masih banyak lagi bangunan tinggi yang sedang dibina. Ada yang sedang dalam pembinaan, ada yang tergendala dan ada juga yang masih dalam proses cadangan sahaja. Semoga artikel ini bermanfaat.

SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم