Tempat Makan Paling Viral di Terengganu - KBB Burger & Steak #KKBSTEAK Kuala Terengganu

Assalamualaikum dan salam sejahtera

KBB BURGER & STEAK


TEMPAT MAKAN PALING VIRAL DI TERENGGANU - KBB BURGER & STEAK #KBBSTEAK KUALA TERENGGANU

Apa khabar pembaca dan rakan-rakan sekalian? Alhamdulillah, kali ini aku nak kongsikan tentang satu lokasi menarik untuk anda makan steak dan burger di negeri Terengganu. Seperti mana yang anda sedia maklum, negeri Terengganu selain terkenal dengan persisiran pantai yang cantik juga terkenal dengan makanannya yang sememangnya enak.

Walaubagaimanapun kali ini aku nak kongsikan tentang sebuah lokasi tempat makan yang menyediakan pelbagai jenis makanan Barat.

KBB BURGER & STEAK KUALA TERENGGANU

KBB BURGER & STEAK

KBB Burger & Steak Kuala Terengganu merupakan sebuah restoran yang menawarkan pelbagai menu Barat. Sebenarnya, restoran di Terengganu ini merupakan cawangan kedua KBB! Cawangan pertama KBB Burger & Steak dibuka di Kota Bharu dan kemudiannya pada penghujung bulan Februari 2022, cawangan di Terengganu ini mula beroperasi.

Baiklah, tibalah masa yang dinanti-nantikan iaitu cerita tentang makanan pula. Berikut adalah antara menu dan hidangan yang anda mesti cuba apabila datang ke KKB Burger & Steak Kuala Terengganu.


KBB BURGER & STEAK

Butter Aged Tomahawk - Jika anda penggemar makan daging stik (steak), lazimnya saiz setiap keping stik yang dijual di restoran adalah antara 200 hingga 300 gram. Namun jika tekak atau selera anda cukup 'besar', ini ada sejenis stik yang mampu mengisi dan mengenyangkan perut anda - stik Tomahawk seberat 1.2kg sehingga 1.5kg!

KBB BURGER & STEAK

Menu Butter Aged Tomahawk di KBB Burger & Steak Kuala Terengganu ini disalut mentega khas yang merupakan mentega yang dihasilkan sendiri. Daging tomahawk itu dibiarkan selama 20-90 hari di dalam peti istimewa kemudian barulah dipanggang untuk santapan pengunjung. Setiap hidangan boleh dimakan sehingga 4-5 orang.

KBB BURGER & STEAK

Back Ribs pula boleh dimakan untuk 2-3 orang. Tetapi kalau jenis makan banyak, hidangan ini makan untuk seorang sahaja pun dah cukup. Oh ya, ribs ini dimasak selama 32 jam untuk memastikan teksturnya lembut dan rasanya enak buat pengunjung yang datang. 

KBB BURGER & STEAK

Menu paling menarik sudah tentunya Burger Wagyu! Mesti ramai sebenarnya yang teringin nak rasa daging wagyu kan?  Sedikit info tentang daging wagyu, daging wagyu ini merupakan campuran sel lemak dan otot. Walaupun lemak tu nampak sama banyak dengan daging, tapi khasiatnya lebih tinggi daripada mana-mana daging lembu biasa. Lebih tinggi ‘Marbling’ (lemak dalaman yang tidak tepu) lagi mahal daging wagyu ini.

Selain itu, daging wagyu sebenarnya lebih baik daripada daging lembu biasa kerana ia tidak mengandungi lemak tepu sekaligus mereka yang mengidap penyakit gout dan darah tinggi boleh menikmatinya.

Menarik dan menyelerakan menu-menu ini? Sebenarnya ada banyak lagi menu menarik yang anda boleh cuba. Nak tahu menu lain, anda boleh ke laman sosial mereka atau terus sahaja pandu dan ke restoran KBB Burger & Steak Kuala Terengganu.


KBB Burger & Steak Kuala Terengganu 

Lokasi :  Lot 4063 Jalan Sultan Zainal Abidin 2000 Kuala Terengganu Terengganu 
No Telefon : 010 254 1001 (KBB Burger & Steak Kuala Terengganu) 
Waktu Operasi : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)


KBB Burger & Steak Kota Bharu

Lokasi :  No 2713 Jalan Kuala Krai 15150 Kota Bharu Kelantan 
No Telefon : 010 258 1001 (KBB Burger & Steak Kota Bharu) 
Waktu Operasi : 12pm – 11pm / Jumaat : 3pm -11pm (Open Daily)

 
Jangan lupa juga untuk ikuti laman Instagram, Tiktok & Laman Web mereka di;


1 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم