Balik Kampung Naik ETS & Beli Tiket ETS Online

Assalamualaikum dan salam sejahtera


Apa khabar rakan-rakan dan pembaca sekalian? Alhamdulillah, semoga semuanya dalam keadaan yang baik-baik sahaja. Baiklah, kali ini aku nak ceritakan tentang perjalanan aku balik ke kampung menaiki ETS.

Untuk tahun ini sudah dua kali aku menaiki ETS, iaitu pertama kali menaiki ETS dari Bukit Mertajam ke Terminal Bersepadu Selatan dan kali kedua adalah baru-baru ini iaitu dari KL Sentral ke Bukit Mertajam

Kebiasaannya aku akan balik kampung menggunakan kenderaan sendiri sahaja, tetapi disebabkan sifat malas menyebabkan aku memilih untuk menaiki ETS. Eh, bukan itu sahaja, kos yang lebih murah berbanding menaiki kenderaan sendiri serta aku akan pulang ke KL bersama keluarga. Itulah antara alasannya.

KENAPA AKU MEMILIH MENAIKI ETS



Kebiasaannya aku akan balik kampung menggunakan kenderaan sendiri sahaja, tetapi disebabkan beberapa perkara menyebabkan aku memilih menaiki ETS berbanding Bas Ekspress.

Pertamanya, untuk kes pada bulan Januari yang lalu dimana aku menaiki ETS dari Bukit Mertajam ke Terminal Bersepadu Selatan adalah disebabkan aku mengikut keluarga aku pulang ke kampung. Mereka datang ke KL dan kemudiannya sewaktu pulang, aku memilih untuk mengikut mereka dan pulang ke kotaraya menaiki ETS.

Untuk kes bulan Februari ini pula, aku menaiki ETS dari KL Sentral ke Bukit Mertajam adalah disebabkan beberapa selepasnya keluarga aku akan ke Port Dickson untuk menghadiri majlis perkahwinan kenalan rapat. Jadi, aku pulang lebih awal beberapa hari dan kemudiannya mereka akan meninggalkan aku di kotaraya selepas selesainya majlis perkahwinan itu.


KENAPA TAK NAIK BAS EKSPRESS?


Sudah banyak pengalaman aku menaiki bas ekspress yang mempunyai pelbagai ragam. Antaranya  berhenti entah dimana , dan dipaksa untuk tukar ke bas lain sewaktu sedang lena tidur. Seterusnya, bas lambat sampai sehinggakan mengambil masa 9 jam dari Kulim ke Shah Alam dan pelbagai lagi kejadian lain.

Menaiki ETS sudah pastinya tiada kesesakan lalu lintas, ETS pula sampai memang tepat pada waktunya. Jadi aku pastinya akan memilih ETS berbanding bas ekspress yang kadangkala tidaklah se-ekspress mana.


BELI TIKET ETS ONLINE

Untuk orang yang suka beli barangan secara online, aku lebih suka membeli tiket ETS melalui online sahaja. Kalau sewaktu belajar dulu aku pernahlah beli tiket di kaunter, tapi macam susah pulak, disebabkan lokasi tempat nak beli tiket tu jauh. Buat habis minyak dan masa sahaja.

Okay, jadi kali ini aku nak ajarlah cara-cara beli tiket ETS secara online. Sebenarnya agak mudah untuk membuat pembelian. Berikut aku tunjuk cara-caranya dengan gambar sekali ya.


#1 Buka laman web: https://online.ktmb.com.my/. Kalau anda belum ada akaun, perlu membuat akaun dan seterusnya log masuk ya. Dah siap isi pada bahagian My account, anda boleh teruskan pada langkah berikutnya.


#2 Langkah seterusnya adalah anda perku pilih lokasi tempat dituju.  Pertama pilih lokasi berlepas dan kemudian adalah lokasi ketibaan. Jangan lupa untuk letakkan tarikh yang tepat supaya pembelian anda tidak sia-sia.



#3 Sekiranya sudah tepat dan pasti, anda boleh teruskan dibahagian seterusnya iaitu Passenger Details. Isi selengkapnya kemudian boleh ke bahagian Proceed To Payment.


#4 Ada beberapa cara pembayaran anda boleh pilih. Macam pengalaman aku sendiri, aku lebih suka untuk menggunakan cara KTM Wallet.

KTM Wallet ni selalunya sebelum aku nak beli apa-apa tiket ETS, aku akan topup dulu jumlah yang tepat. Lepas tu, nanti bila nak buat pembayaran terus pilih KTM Wallet, jadi tak susah dah. Sebelum ni, aku adalah jugak buat pembayaran guna Visa dan MyDebit, tapi kadang-kadang ada problem pula bila nak buat pembayaran disitu. Lepas tu terus melepaslah seat yang dipilih.

Anda boleh sahaja nak buat pembayaran mengikut cara pembayaran yang anda pilih.

PERBEZAAN SEAT ETS

Okay, ada yang tanya apa perbezaan antara setiap jenis seat ETS? Baiklah, kali ini aku nak share pula perbezaanya. Alhamdulillah, aku diberi kesempatan untuk mencuba setiap jenis seat ETS. ETS Gold aku naik untuk perjalanan dari Bukit Mertajam ke Terminal Bersepadu Selatan, ETS Platinum aku naik perjalanan dari KL Sentral ke Bukit Mertajam manakala ETS Business Class pula aku naik dari Padang Besar ke KL Sentral. Berikut adalah perbezaannya ;


ETS Business Class : Hanya tersedia untuk koc ETS Platinum sahaja, bermakna jumlah hentian adalah sama dengan ETS Platinum. Terdapat kemudahan serba mewah dan canggih seperti wifi, paparan skrin hiburan, slot USB, sokey kuasa tiga pin. Makanan dan juga minuman turut disediakan. Layanan daripada pramugara dan pramugari. Seat yang lebih selesa dan luas. Harga pula pastinya lebih mahal. 


ETS Platinum : Hentian di stesen besar dan utama sahaja. Jadual waktu lebih kepada waktu puncak. lebih cepat sampai. Harga yang agak mahal berbanding ETS Gold.

Sebagai contoh, ETS Platinum yang aku naik dari KL Sentral ke Bukit Mertajam adalah seperti berikut :

KL SENTRAL > KUALA LUMPUR >SG BULOH> RAWANG> TANJUNG MALIM >  IPOH> KUALA KANGSAR> TAIPING > BUKIT MERTAJAM



ETS Gold : Berhenti di pelbagai stesen dan mengambil masa lebih lama. Tiket Gold lebih cepat habis berbanding Platinum. Kena tempah lebih awal untuk dapatkan seats. Harga yang lebih murah. 

Sebagai contoh, harga ETS Platinum dari KL Sentral ke Bukit Mertajam bersamaan RM82, ETS Gold pula berharga RM62.

KESIMPULANNYA

Baiklah, bagi aku pulanglah ke kampung selaliu dan jenguk-jenguklah keluarga anda. Pelbagai cara tersedia untuk pulang ke kampung, dan bagi aku pastinya ku memilih yang paling selesa. Semoga perjalanan anda pulang ke kampung atau ke mana-mana sahaja menaiki ETS akan berjalan lancar. 

Tak sabar pulak nak balik kampung untuk raya nanti, tapi mungkin aku akan balik menaiki kereta sendiri sebab macam banyak barang nak dibawa. Harapannya semoga tidaklah sesak lebuhraya PLUS ya.

SEKIAN

0 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment (0)

أحدث أقدم