DATO’ M.N46IR CIPTA 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Aerill Hassan
0
Assalamualaikum dan salam sejahtera

DATO’ M.N46IR CIPTA 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Harley Davidson buat peminat bersama Etiqa selaku rakan strategik utama. 

Konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3 telah diumumkan. Axiata Arena Kuala Lumpur sekali lagi bakal menjadi saksi nyata ribuan peminat M.Nasir akan memenuhi segenap ruang pada 27 September 2025 bermula pukul 8 malam.  

Lebih menghangatkan malam tersebut, Etiqa selaku rakan strategik utama dengan kerjasama Harley Davidson akan rock-kan malam yang akan melakar sejarah tersendiri itu. Akan menambah kemeriahan konsert itu kelak, adalah pemberian motosikal jenama Harley Davidson kepada Dato’ yang kemudiannya dihadiahkan secara Ikhlas kepada penonton yang bertuah. 

Jenama Harley-Davidson, Model Softail STD FXST yang berharga RM114,000 berserta insuran motor dari Etiqa, akan menjadi milik salah seorang pembeli tiket bertuah malam Konsert DATO’ M. N46IR CIPTA 3 itu kelak.. Bukan hanya sebuah tarikan untuk pembeli tiket bertuah tetapi ia juga menepati konsep malam itu nanti iaitu Malam Ini Gua Rock.  

DATO’ M.N46IR CIPTA 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Konsep ini bertepatan dengan pengisian konsert yang kali ini bakal menyaksikan sang maestro mempersembahkan lagu-lagu rock nyanyian dan ciptaan beliau yang telah serta pernah meninggalkan kesan di jiwa serta nostalgia tersendiri. Peminat digalakkan memakai tema Rock Cara Lu…Janji Rock yang disifatkan sebagai kebebasan individu berekspresi dan bereksperimen mengikut kefahaman rock masing-masing. 

“Ini sebuah kerjasama yang baik antara pihak Dato’, Icon Entertainment, Harley Davidson dan Etiqa yang akan membawakan konsep rock pada 27 September itu kelak. Yang penting pemenang dipilih hanya daripada pembeli tiket sahaja dari mana-mana kategori yang disediakan,” ujar Iman Tang yang merupakan pengasas Icon Entertainment. 

Kamaludin Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Etiqa Insurans & Takaful berkata, “Etiqa teruja untuk bekerjasama dengan Dato’ M. Nasir dan ICON Entertainment untuk pelancaran Konsert Dato’ M. Nasir Cipta 3, sebuah pengalaman yang dipacu oleh penglibatan digital. Menerusi aplikasi Etiqa+, orang ramai akan mendapat akses awal kepada tiket pra-jualan konsert ini bermula 3 Julai 2025 selama 24 jam. Bagi mereka yang terlepas peluang, Etiqa turut menyediakan kempen-kempen menarik di mana pelanggan berpeluang untuk memenangi tiket konsert. Nantikan maklumat lanjut! 

Untuk tatacara cabutan bertuah itu kelak, boleh rujuk di Instagram @Iconentertainmentmy atau @datomnasircipta. Segala persoalan akan terjawab di laman sosial tersebut.  

DATO’ M.N46IR CIPTA 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Jangan lupa dapatkan tiket dengan harga-harga RM 258 (TEGUH), RM358 (OPERA HIDUP), RM458 (ISI DAN KULIT), RM488 (SEJATI), RM558 (GADISKU) dan RM 628 (PAWANA) menerusi  www.ticket2u.com.my/mnasircipta3 atau hubungi talian hotline: 012 6530 700 (whatsapp) bagi memastikan anda adalah salah seorang saksi trilogi Cipta menerusi Konsert DATO’ M.NA46IR CIPTA 3.  

Pra jualan telah dibuka kepada pengguna khas di aplikasi Etiqa+ pada Khamis, 3 Julai 2025, pukul 2.00 petang. Tiket akan mula dijual kepada khalayak pada 4 Julai 2025, Jumaat pada pukul 11 pagi.  

Maka, mari jadi saksi nyata DATO’ M. N46IR CIPTA 3 pada 27 September 2025 di Axiata Arena. Malam Ini Kita Rock dengan Rock Cara Lu…Janji Rock. 


DATO’ M. N46IR CIPTA 3   

Lokasi: AXIATA ARENA 
Tarikh: 27 SEPTEMBER 2025 
Waktu: 8 MALAM 
Penganjur: ICON ENTERTAINMENT 
Harga tiket: RM258 (TEGUH), RM358 (OPERA HIDUP), RM458 (ISI DAN KULIT), RM488 (SEJATI), RM558 (GADISKU) dan RM 628 (PAWANA)  

Pra jualan dibuka kepada pengguna khas aplikasi Etiqa+ pada Khamis, 3 Julai 2025,  pukul 2.00 petang. Tiket mula dijual kepada umum pada 4 Julai 2025, 11 pagi 

Layari: www.ticket2u.com.my/mnasircipta3 
Talian hotline: 012 6530 700 
Tata Pakaian / Dress Code: ROCK CARA LU…JANJI ROCK 

Penaja:  Etiqa- Rakan Strategik Utama  
DTC- Pengangkutan rasmi  Era, Sinar, Gegar, Zayan- Radio rasmi  

SEKIAN

إرسال تعليق

0تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق (0)

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!