Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tanpa ‘Break’, Misha Omar Umum 29 Nov Ini Tanggal Konsert
DiA Misha Omar BAKAL TAWAN MEGA STAR ARENA KUALA LUMPUR
Saat Misha Omar mengatakan beliau akan melaksanakan sebuah konsert berskala besar pada tahun 2025, penghibur berprolifik itu tidak ‘main-main’. Misha Omar tidak memberi janji kosong atau sekadar mahu meninjau pasaran dirinya masih relevan dengan bertanya masihkah peminat mempunyai rasa untuk menyaksikan beliau di atas panggung.
Sebaliknya Misha Omar, 43, merealisasikan mimpi tersebut kurang satu tahun selepas mencetak kejayaan luar biasa menerusi Misha Omar Back To Basic. Misha Omar malah dengan mudah membuat peminat tidak keruan dan dipenuhi keterujaan apabila mengumumkan bakal melangsungkan konsert berskala besar tahun ini, tepat tengah malam di Instagram satu bulan lalu.
Namun sebelum mengumumkan nama mahupun lokasi dan tarikh konsert, pemilik tiga kali Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu (AJL) itu sudah membuat pendengar dan peminat galau lewat kelahiran single berjudul Break. Dan tanpa jeda, Misha Omar menambah keghairahan peminat apabila mengumumkan tarikh dan lokasi konsert berskala besar yang dijanjikan.
DiA Misha Omar. Begitu ringkas dan mudah diingat nama konsert yang bakal berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 29 November 2025 —- dibawakan oleh penganjur Double M Production dengan Altus Prohouse sebagai Pengurus Konsert DiA Misha Omar. Selaku penganjur, Double M Production menegaskan DiA Misha Omar bukan sekuel kepada showcase yang dianjurkan Disember tahun lalu.
DiA Misha Omar sebaliknya adalah sebuah keraian perjalanan seni, merayakan muzik yang tetap subur dan tanda apresiasi terhadap sokongan lebih dua dekad yang telah diperoleh beliau sepanjang menekuni pekerjaannya sebagai seorang penghibur. DiA Misha Omar juga menjadi titik perjalanan fasa baharu penghibur itu yang tidak selalu melakukan konsert – atas pilihannya sendiri.
Mengenali Misha Omar, beliau seorang penghibur yang sentiasa sukakan sesuatu yang sederhana tetapi meninggalkan atau mencetak nilai yang besar di sebalik setiap pekerjaan yang dilakukan. Sama seperti pemilihan judul, konsert ini adalah tentang penceritaan yang disampaikan lewat karya-karya dan ‘hitam putih’ perjalanan 23 tahun dirinya dalam industri seni.
DiA Misha Omar diharapkan menjadi momen untuk berbagi hal-hal manis bersama peminat sejak dari zaman Bunga-Bunga Cinta sehingga single terkini, Break. Tanpa menjanjikan hal yang luar biasa terhadap penganjuran DiA Misha Omar , Altus Prohouse selaku pengurus konsert akan memastikan peminat yang hadir menikmati kepuasan dan pengalaman baharu yang tidak pernah didapatkan menerusi persembahan Misha Omar sebelum ini.
“Kami akan memastikan sesuatu yang berkualiti, pengalaman menikmati konsert yang hebat dengan barisan pemuzik dan persembahan panggung daripada sang legenda Misha Omar pada tahap terbaik pada DiA Misha Omar, malam 29 November 2025 nanti.
“Bagaimana ia akan berlangsung dan apa yang bakal berlaku, semua itu terjawab apabila anda menjadi salah seorang saksi nyata DiA Misha Omar di Mega Star Arena, Kuala Lumpur kelak,” ujar Miselyn Yee Siew dari Altus Prohouse
Menanti penuh debar tarikh berlangsung penganjuran DiA Misha Omar menjadi realisasi pada 29 November 2025 ini di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, penghibur bersuara lunak ini turut melahirkan keterujaannya. Beliau menyifatkan DiA Misha Omar sebagai sejarah penting yang bakal tercetak dalam karier seninya setelah 20 tahun menyanyi.
“DiA Misha Omar bukan hanya tentang saya seorang tapi tentang bagaimana perjuangan karier yang telah ditapaki lebih 20 tahun ini disokong penuh makna oleh pemain industri dan peminat.
“Ironi, saya tidak pernah mempunyai kelab peminat tetapi dengan kuasa karya bermutu yang diberikan kepada saya, dengan kepercayaan peminat bahawa saya masih relevan untuk menghiburkan mereka, maka perjalanan seni saya dapat bertahan sehingga kini.
“Siapa sangka, diam-diam saya berjaya melewati ‘hitam-putih’ 20 tahun sebagai seorang penghibur. Dan DiA Misha Omar adalah titik destinasi baharu yang akan saya tandai dengan sejarah baik dan manis bersama anda semua.
“Ia umpama sebuah Riwayat Cinta daripada Misha Omar kepada semua. Saya mahu melihat adakah peminat Masih Mempunyai Rasa Itu terhadap Misha Omar. Jika ada, Pulangkan rasa itu dan Semoga Abadi DiA Misha Omar yang akan berlangsung di Mega Star Arena, Kuala Lumpur pada 29 November 2025 dalam ingatan kita bersama,” katanya.
DiA Misha Omar tidak akan terlaksana tanpa peminat membeli tiket sebagai tanda sokongan dan hadir. Maka kategori tiket bermula harga RM288 (SILVER), RM388 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM588 (DIAMOND), RM688 (VIP 2), RM1,200 (VIP 1), RM1,200 (2 PAX; ROYAL TWIN SEAT) boleh dimiliki menerusi pembelian di https://jiotix.asia/events/dia-misha-omar.
Semua pembeli tiket VIP 1 akan mendapat peluang untuk Meet & Greet dan Soundcheck pass.
Buat calon pembeli tiket orang kelainan upaya (OKU), anda mempunyai saluran khas menerusi pembelian secara WhatsApp di talian hotline +6011 1660 1122.
Misha Omar sudah melunaskan janjinya dengan DiA Misha Omar yang akan dilaksanakan pada 29 November 2025 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Maka jalankan tanggungjawab anda sekarang dengan pembelian tiket bermula 25 Julai 2025 pukul 10 pagi.
Konsert DiA Misha Omar
Tarikh: 29 NOVEMBER 2025
Penganjur: DOUBLE M PRODUCTIONS
Pengurusan Konsert: ALTUS PROHOUSE
Penerbit konsert: Jennifer Thompson
Pengarah teknikal: Simon Khoo
Pengarah vokal: Datuk Syafinaz
Pengarah muzik: Sze Wan
Pengarah artistik: Hamzah Tahir
Harga Tiket: RM288 (SILVER), RM388 (GOLD), RM488 (PLATINUM), RM588 (DIAMOND), RM688 (VIP 2), RM1,200 (VIP 1), RM1,200 (2 PAX; ROYAL TWIN SEAT)
Semua pembeli tiket VIP 1 akan mendapat peluang untuk Meet & Greet dan Soundcheck pass.
Platform Penjualan Tiket: https://jiotix.asia/events/dia-misha-omar
Talian Hotline (WhatsApp) untuk pembeli OKU: +6011 1660 1122
SEKIAN
The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.