Tahniah! Dato' Sri Siti Nurhaliza Kini Hamil Anak Kedua!

 Assalamualaikum dan salam sejahtera 

Tahniah! Dato' Sri Siti Nurhaliza Kini Hamil Anak Kedua!

Penyanyi No 1 Negara, Dato' Siti Nurhaliza pada 1 Disember 2020 telah membuat satu pengumuman khabar berita gembira mengenai kehamilan bagi anak keduanya di laman Instagram. Dato' Sri Siti Nurhaliza akhirnya membuat pengumuman tersebut setelah terdapat pelbagai desas desus daripada peminat mengenai kehamilannya sejak beberapa bulan sebelum ini.


TAHNIAH! DATO' SRI SITI NURHALIZA KINI HAMIL 4 BULAN, ANAK KEDUA!


Tahniah! Dato' Sri Siti Nurhaliza Kini Hamil Anak Kedua!

Dato' Sri Siti Nurhaliza membuat pengumuman tersebut dalam satu sesi pelancaran produk terbarunya dan sekaligus memberikan khabar berita buat seluruh rakyat Malaysia. Kehamilannya yang sudah memasuki 4 bulan ini amat dinanti peminat selepas kelahiran anak sulungnya pada tahun 2018, Siti Aafiyah.

Rata-rata peminat dan juga rakyat Malaysia mengucapkan ucapan tahniah dan bergembira tentang khabar ini. Setelah beberapa lama rakyat Malaysia bersedih dengan pandemik Covid serta beberapa isu lain, Alhamdulillah, setidak-tidaknya khabar berita ini memberikan kegembiraan buat semua peminat.

Alhamdulillah. Hari ini 1 Disember 2020, saya dan suami membuat pengumuman rasmi mengenai kehamilan saya yang sudah pun berusia 4 bulan.

Tiada niat untuk berdiam diri selama beberapa bulan ini namun saya dan suami berfikir, apabila tiba waktu yang sesuai, kami tetap akan berkongsi berita ini dengan semua, terutamanya keluarga, saudara mara, sahabat handai, para peminat dan sesiapa sahaja yang mengenali kami.

Saya memohon doa kalian supaya saya dan bayi di dalam kandungan diberikan kesihatan, dipermudahkan hari-hari saya ke depan ini sehinggalah saat melahirkan nanti.

Terima kasih sekali lagi kepada kalian yang sangat memahami dan tidak putus mendoakan saya selama ini. Saya amat bersyukur di atas kurniaan Allah ini, anugerah yang sangat berharga kerana saya diberi peluang untuk hamil selepas Siti Aafiyah berusia dua tahun lebih.

Alhamdulillah. Terima kasih semua dan doakan saya ya!

Pada hari yang sama juga, Dato' Sri Siti Nurhaliza melancarkan produk terbaru untuk perniagaan BeauSiti beliau iaitu Beautessence dan BeauNest dari @beausitiofficial. Di majlis yang sama juga beliau mengumumkan tentang kolaborasi jenama beliau Beausiti bersama Wonderlab serta duta kempen produk Beautessence iaitu penyanyi terkenal Nabila Razali.





Dari segi karier nyanyian beliau pula, hari yang sama pada jam 9.00 malam, beliau telah melancarkan muzik video terbaru bagi lagu Kuasa Cintamu di YouTube. Lagu tersebut merupakan salah satu daripada lagu di dalam album terbaru beliau ManifestaSITI2020. Di dalam muzik video tersebut juga terdapat penampilan khas daripada Siti Aafiyah yang sangat comel!


MUZIK VIDEO KUASA CINTAMU



ARTIS TEMPATAN PALING BANYAK DI STRIM DI SPOTIFY (2020)


Tahniah! Dato' Sri Siti Nurhaliza Kini Hamil Anak Kedua!

Selain itu, berita gembira juga diterima oleh Dato' Sri Siti Nurhaliza kerana menjadi artis tempatan paling banyak di'strim' dalam applikasi Spotify! Alhamdulillah, boleh dilihat tahun 2020 ini banyak juga lagu-lagu Dato' Sri Siti Nurhaliza yang menjadi siulan ramai. Tak lupa juga dengan lagu-lagu terdahulu beliau yang sentiasa menjadi minat pendengar di Malaysia.


AKHIR KATA

Menjadi seorang 'Siti Nurhaliza' pastinya bukan mudah. Untuk mengimbangi urusan kehidupan, kerjaya dan juga perniagaan adalah satu perkara yang sukar tetapi Dato' Sri Siti Nurhaliza berjaya membuktikan bahawa kita dapat capai kejayaan dalam apa yang kita lakukan sekiranya bersungguh-sungguh.

Semoga Dato' Sri Siti Nurhaliza sentiasa cemerlang tak kira dari segi apa sekalipun. Boleh dikatakan tahun 2020 merupakan tahun yang begitu cemerlang buat beliau. Semoga beliau sihat dan selamat melahirkan bayi comel pada tahun hadapan, semoga perniagaan beliau berjaya dan juga semoga karier beliau terus cemerlang!

SEKIAN

Sumber : Instagram CTDK

2 تعليقات

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


إرسال تعليق

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

أحدث أقدم