Pertama Kali Cuba Aiskrim Mokti's di Kuala Ketil, Kedah

Assalamualaikum dan salam sejahtera


First Time Makan Aiskrim Mokti's | Sebelum ini beberapa kali adik aku cerita yang mana makcik aku selalu belanja dia makan aiskrim Mokti's. Pastu bersungguh-sungguh pula dia cerita tentang kesedapan aiskrim Mokti ni. Aku pun mulalah tertanya-tanya, memang betul ke sedap aiskrim Mokti's ni? Macam mana rupa aiskrim ni? Ada kedai sendiri atau vendor, atau gerai? Semua pertanyaan ini dalam kepala otak sahajalah. Tapi waktu itu tak teringat atau teringin untuk mencari aiskrim Mokti's ini sehinggalah 3 hari yang lalu.

Aku bersyukur kerana akhirnya rakyat di Kedah sudah boleh merentas daerah. Jadi, 3 hari yang lalu aku dan keluarga ke Semeling, Sungai Petani, untuk makan sate yang aku pernah ceritakan sebelum iaitu sate tersedap pernah aku rasa. Bercucuk-cucuk juga aku makan sehinggalah kenyang. Perjalanan balik, kami tak lalu jalan Padang Serai, tapi kami bergerak dengan jalan lebih jauh, melalui pekan Kuala Ketil.

Aiskrim Mokti's

Sebenarnya Kuala Ketil dah banyak membangun, ada banyak kedai-kedai mula beroperasi dikawasan stesen bas baru tu. Banyak juga kedai yang popular dibuka, contohnya Mr. Diy, TeaLive dan pelbagai lagi. Antara yang menarik minat aku adalah kedai TeaLive dan Mokti's. Tapi sebab TeaLive dan banyak kali cuba, kali ini aku rasa apa salahnya cuba aiskrim Mokti's yang diagung-agungkan adik aku.

Aiskrim Mokti's


Sebenarnya berdekatan dengan rumah aku, (8KM+-) ada cawangan Mokti's di Padang Serai, tapi kedainya kecil dan pelanggan perlu beratur diluar. Rata-ratanya mengatakan sangat ramai beratur dan disebabkan aku malas nak beratur lama, aku tak beli Mokti's di situ.

Jenama Mokti's merupakan jenama yang baru aku kenal dan setelah aku buat sedikit pembacaan, ia adalah aiskrim gula apong iaitu salah satu aiskrim yang popular di Sarawak. Perniagaan Mokti's ni baru sahaja bermula pada awal 2020 dan sekarang dah ada cawangan hampir setiap negeri di Malaysia! Aku rasa ini satu perkembangan yang sangat pantas.

Aiskrim Mokti's

Menu untuk Mokti's ni sebenarnya ada banyak, tapi disebabkan adik aku nak belanja semua orang pada hari itu, aku pun pilih yang paling popular dan mahal. Inilah masanya nak paw adik. Aku pilih Mixed Apong Honeycomb manakala adik-adik aku pilih Apong Honeycomb

APONG HONEYCOMB RM13.00

Aiskrim Mokti's

Apong Honeycomb ini berharga RM13.00 sahaja. Sebenarnya boleh pilih nak takeaway atau nak makan dalam perjalanan. Kalau takeaway akan bertutup macam dalam gambar, tapi kalau nak makan dalam perjalanan tak ada penutup dan aiskrim anda akan tinggi, macam gambar  yang aku sertakan dekat bawah.

Apa yang ada dalam Apong Honeycomb ini sudah tentunya aiskrim gula apongnya, bijirin, potongan madu, dan juga boba kecil. 

MIXED APONG HONEYCOMB RM13.00

Aiskrim Mokti's

Sebenarnya aku nak makan aiskrim ni dalam kereta sahaja, sebab dari Kuala Ketil ni nak ke rumah ambil masa dalam 10 minit macam tu. Mesti dah cair sedikit kalau dah sampai rumah, tapi adik aku yang beli aiskrim ni lupa pasal benda tu, dipilihan yang bertutup. Kalau yang tak bertutup cantik sikit gambar yang diambil.

Apapun, aku pilih Mixed Apong Honeycomb ni sebab ada perasa pandan dalam aiskrimnya! Sama juga macam aiskrim diatas, kepingan madu, bijirin dan boba kecil turut disertakan di dalamnya.

Aiskrim Mokti's
Nampak sedap bukan?!

ULASAN : Sekarang tibalah waktunya untuk aku beri ulasan tentang aiskrim Mokti's yang aku cuba. Pertamanya, aiskrimnya cukup manis. Untuk mereka yang kurang gemar manis mungkin boleh beritahu pada staff untuk kurangkan apa yang patut.

Kalau dimakan sekali sekala, aku rasa sangat dibolehkan, kalau tiap-tiap hari tu, dah kenapa? Macam aku kurang makan benda-benda manis, sekali sekala makan aiskrim manis macam ni memang sedap. Ditambah ada boba kecil tu, kepingan madu tu pulak, memang lagi sedap.

Tapi sebenarnya kalau anda nak makan tiap-tiap hari pun aku tak judge sebab anda beli menggunakan duit anda sendiri. Cuma beringatlah kalau nak ambil makanan manis.

Secara keseluruhannya, aiskrim Mokti's yang aku cuba adalah sangat sedap, manis dan sangat membuka selera. Aku mungkin akan repeat makan dalam 2 minggu lagi? 

Aku juga sarankan untuk anda ke cawangan Mokti's terdekat dan beri peluang untuk mereka. Mungkin ini akan jadi aiskrim kegemaran anda pula?

Aiskrim Mokti's
Ha, macam ni lah rupa bila tiada penutup. Nampak lagi sedap  dan lazat kan?


Baiklah itu sahaja ulasan yang aku boleh berikan tentang aiskrim Mokti's. Aku percaya jenama ini akan berkembang lebih maju ke hadapan dan mungkin akan sebaris dengan jenama-jenama aiskrim yang popular. Dengan perancangan yang baik, aku rasa semuanya akan tercapai dalam masa yang singkat. Oleh itu, aku sudahi artikel ini dengan gambar kucing-kucing aku yang bernama, Princess, Bubu, Dek Teh dan Mina.


1 Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


  1. Ternampak entry ni. Tengok moktis baru buka kat Temerloh ni. Kena cuba la nanti, aku buat entry juga hehe

    ReplyDelete

Post a Comment

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

Previous Post Next Post