9,000,000 dan Alhamdulillah

Aerill Hassan
1
Assalamualaikum dan salam sejahtera

9,000,000 dan Alhamdulillah

Alhamdulillah, pada penghujung bulan Mei 2025 yang lalu, pageview blog aerill.com telah mencapai angka 9,000,000. Terima kasih tak terhingga kepada smeua yang hadir membaca artikel-artikel dan cerita yang aku kongsikan dalam blog ini. 



Alhamdulillah, aku masih bersyukur diberikan kesihatan dan rezeki untuk masih menulis dalam blog aerill.com ini. Bermula 2010, kini sudah hampir 15 tahun usia laman web ini yang bermula dengan blogspot sehinggalah sekarang. Dalam 15 tahun, dengan beberapa tahun tidak aktif dan sebagainya, aku rasa jumlah pageview sekarang adalah satu angka yang boleh dibanggakan. 

Di zaman sosial media lain yang semakin menjadi pilihan orang ramai, blog masih menjadi satu platform yang relevan sebagai satu medium perkongsian. Ya, dengan persaingan yang banyak, blog masih menjadi pilihan. 

9,000,000 dan Alhamdulillah



Alhamdulillah, pageview sekarang semakin meningkat, walaupun aku sebenarnya agak jarang menulis. Kalau dulu boleh dikatan sehari ada 3 artikel, tetapi sekarang seminggu pun boleh dikira dengan jari. Walau bagaimanapun aku harap aku akan sentiasa konsisten dengan blog ini. In shaa Allah.

9,000,000 dan Alhamdulillah


Baiklah, sekali lagi aku nak ucapkan jutaan terima kasih kepada semua pembaca dan mereka yang hadir ke blog ini. In shaa Allah aku akan konsisten menerbitkan artikel-artikel yang lebih baik selepas ini.

SEKIAN
Tags

Post a Comment

1Comments

The author will not be responsible for any comment left by the readers. Please comment using polite language. Thank you.


Post a Comment

#buttons=(Ok, Go it!) #days=(20)

Our website uses cookies to enhance your experience. Learn More
Ok, Go it!